Muzium Helah I- City Masuk Secara Percuma





Peluang Masuk Muzium Helah I- City Secara Percuma




SHAH ALAM: Pengunjung Taman Tema I-City, berpeluang masuk secara percuma ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang ditempatkan di dalam taman tema itu, bermula pada Jumaat.


Pengarah muzium itu Monica Ong berkata pihaknya mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menimba pengalaman dengan bergambar dari hasil lukisan tangan yang mampu menghasilkan latar belakang berdimensi.


"Buat masa ini tiada bayaran dikenakan kepada umum sehinggalah satu tempoh yang akan diberitahu kelak," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan muzium itu di sini, Jumaat.




Beliau berkata muzium seluas 8,000 kaki persegi itu julung kali diwujudkan di Malaysia.


Katanya muzium dua tingkat itu mempunyai lima tema lukisan yang dilukis pada dinding bangunannya iaitu Egyptian, Famous Masterpiece, Animal Kingdom, Marine Life dan Modern Classic.



Monica berkata muzium itu dibuka kepada semua lapisan masyarakat pada setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.-BERNAMA

1 comment:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...