Kasihan~ 88 tahun tunggu gambar kahwin.







NANCHING: Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan.



Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu. 



Tetapi bagi pasangan ini, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka. 



Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.



Bagaimanapun, mereka tidak merakam gambar perkahwinan itu sehinggalah baru-baru ini.



Conghan, 101, dan Sognshi, 103, hidup bahagia bersama sejak 88 tahun lalu.



Mereka selalu mengimpi untuk merakamkan gambar kahwin mereka. 



Tetapi pasangan itu tidak mempunyai pilihan apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun berkenaan.



Impian mereka dijadikan realiti baru-baru ini oleh sebuah syarikat foto di Nanching, bandar tempat tinggal mereka. 


Seperti apa juga yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan, pengantin perempuan mahu rakaman itu paling sempurna dan memastikan suaminya kelihatan paling segak denghan baju putih. - DM
sumberhttp://www.hmetro.com.my


5 comments:

  1. comeynya nenek ngan atuk ni... heheheh, kalau kita pakai mcm ni jugak masa tu mcm ne? sweet jugak kan?

    ReplyDelete
  2. bagus kalau ada gambar kahwin masa muda n tua :P

    ReplyDelete
  3. kesiannya! mungkin masa dulu depa takda duit kan...walaupon dah menjangkau usia 100 tahun kasih sayang tetap utuh! semoga mereka dipanjangkan umur ;)

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...