Mengenal penyakit jiwa.


  • Kegelisahan [Neurosis]
Mudah naik darah,tiada tumpuan,tidak dapat tidur,takut,fobia dan resah.

  • Gejala kepiluan [Depression]
Kadangkala sedih,mudah lemah,sukar tidur dan tidak lalu makan,menangis tanpa sebab dan ada rasa mahu bunuh diri apabila merasa kegagalan atau kehilangan sesuatu.

  • Psikosis
Paling teruk tapi jarang berlaku.Pesakit hilang hubungan dengan alam nyata dan hidup dialamnya serta berkelakuan ganjil.mendengar suara-suara halus dan pertuturannya tidak jelas.




jika anda ada tanda2 ini segeralah dapatkan bantuan!




Jus campuran dengan Epal hijau rahsia sihat.


  • Epal + Timun + Seleri
dapat mengelakkan kanser ,mengurangkan kolesterol dan memperbaiki sistem percernaan serta mengatasi masalah sakit kepala.

  • Epal + tomato + lobak merah
Memperbaiki kompleksi kulit dan mengatasi masalah pernafasan

  • Epal + Nanas + tembikai
Meneutralkan kandungan garam dalam tubuh sekaligus mengatasi masalah  pada buah pinggang.


An epal a day keep the doctor away? what say you?





Keistimewaan pasir pantai

3 alasan mengapa anda mesti beriadah di tepian pantai :



  • Berjalan tanpa memakai kasut di pasir pantai samalah seperi anda sedang membuat refleksologi.Butir-butir pasir ini mampu mengurut tapak kaki anda.Pasir juga adalah bahan pengelupasan yang bagus dan anda tidak perlu melakukan pedicure.
  • Air laut dapat meremajakan sel-sel kulit,melepaskan racun dan melembutkan kulit.Magnesium dalam air laut juga dapat menenangkan,menghilangkan tekanan dan kepenatan.
  • Ion negatif udara pantai membantu anda bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan tingkat hestamine yang mampu menyebabkan rasa demam.

Cucur Udang..ngeett!!

Suatu pagi yang indah Aliff menolong ibunya pergi membeli cucur udang. Aliff dapati tiada udang diletakkan di dalam cucur tersebut lalu dia bertanya pada makcik penjual tersebut.

Aliff : Makcik,apesal semua cucur udang makcik takde udang?Bukanke selalu orang jual ada udang ditengah cucur tu?

Dengan muka selambanya makcik itu menjawab.....

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pulak diorang letak badak...jadi, makcik pun takdelah nak letak udang....

Aliff : ????


3 Tips didik anak, wajib baca!





Anak anugerah Allah paling istimewa,beri kesan hebat dalam transformasi diri kita,Ekspresi cinta paling tulus dan ikhlas adalah cinta ibu bapa terhadap anak,selain yang utama kepada Allah SWT.






1. Didiklah anak dengan Al-Quran.

Penekanan Terhadap Al-Quran Kunci Pendidikan Anak-anak
Pendidikan anak-anak merupakan aspek yang kritikal dalam pembinaan keluarga. Apatah lagi apabila menyedari hakikat bahawa anak-anaklah yang akan menyambung dakwah yang dilaksanakan ibu bapanya. Sering kita dengar secara teori akan kepentingan memastikan anak-anak terdidik, terjaga dan sebagainya, dan ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aspek praktikal yang dilakukan bagi mendidik anak-anak.

Kepentingan pendidikan al-Quran kepada anak-anak
Pendidikan anak-anak ini cukup penting dalam proses pewarisan dakwah kepada generasi seterusnya. Dakwah ini telah diwarisi sejak zaman Adam a.s hinggalah akhirat. Intipati dakwah Adam a.s telah diwarisi hingga Rasulullah s.a.w dan berterusan hinggalah hari kiamat. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita semestinya memastikan dakwah ini diwariskan kepada anak-anak. Kita juga perlu memastikan kefahaman islam ini diwarisi bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah. Sebab itulah di peringkat awal lagi penekanan terhadap al-Quran cukup penting dalam pendidikan anak-anak.

Proses pendidikan al-Quran sejak dari kandungan
Para ibu yang mengandung perlulah sentiasa membaca al-Quran supaya bacaan tersebut meresap masuk ke dalam kandungan. Setelah anak tersebut dilahirkan, anak tersebut perlu diperdengarkan dengan alunan-alunan bacaan al-Quran. Seterusnya apabila anak itu telah mampu bercakap dan melihat huruf-huruf, maka kita latih mereka dengan cara membaca al-Quran dengan betul dan mula membuat hafazan.


2. Didiklah anak tentang halal dan haram dalam Islam
 
Yang halal dan yang haram adalah jelas di dalam Islam
Penetapan halal dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang halal dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang halal dan apa yang haram. 

Panduan mengenali makanan dan barangan halal
Menurut ulamak, halal atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor:
  •  Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak.
  • Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu halal, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak.
Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan halal hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
  •  Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.
  •  Ia bebas dari najis
  •  Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.
  •   Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang halal dimakan [khususnya binatang darat]hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak.
  •  Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan.
Jauhi yang syubhat
Di persimpangan antara yang halal dan yang haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya halal atau haram, iaitulah perkara-perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui halal-haramnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis di atas; “…sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram…”.

Kaitan penjagaan halal  dan haram dengan hati
Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep halal dan haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran:
  •  Kesedaran untuk menjaga halal dan haram bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya; apakahhalalatau haram? Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya halal atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.
  • Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang halal. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang halal, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya.



3. Didiklah anak mencintai Rasulullah saw.
 
Kenalkan siapa Rasulullah saw.
Jika mahu mendidik anak-anak mencintai dan mengasihi nabi, kenalkan dahulu siapa Rasulullah. Jika tidak kenalkan siapa baginda, bagaimana anak-anak mahu cinta dan kasih kepada baginda. Ibubapa digalakkan bercerita dengan anak-anak tentang kisah-kisah nabi, kedudukan serta baginda. Apabila anak-anak sudah kenal barulah datang rasa cinta dan kasih kepada baginda.

Cerita kehebatan akhlak Nabi
Salah satu cara untuk menyemai rasa cinta dan rindu anak-anak pada Nabi ialah dengan bercerita tentang kehebatan dan keindahan akhlak Rasulullah. Namun didiklah anak-anak mencontoh nabi dalam konteks yang rapat dengan dunia kanak-kanak. Antaranya:
  • Rasulullah suka membantu orang susah. Didik anak-anak dengan suka menolong orang-orang yang ditimpa kesusahan.
  • Rasulullah seorang dermawan iaitu suka memberi. Didik anak-anak memberi derma pada orang yang dating meminta derma.
  • Jangan menyeksa binatang sebab Rasulullah saw sangat sayang pada binatang.
Mengajar anak2 menzahirkan kecintaan
Selepas anak-anak sudah mengenali siapa Rasulullah, barulah lahir kecintaan kepada baginda. Bimbing dan ajar anak-anak berselawat keatas nabi kerana Islam sangat anjurkan kita berselawat kepada baginda. Terangkan fadilat berselawat. Allah taala dan para malaikat berselawat ke atas junjungan baginda, maka kita juga sebagai umatnya perlu berselawat.

Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang
Seperti orang dewasa, tanda kita cinta dan kasih pada nabi ialah dengan berbuat apa yang nabi suruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Begitu juga dengan anak-anak, didik mereka supaya berbuat apa yang disuruh nabi. Perkara yang buruk atau dilarang nabi pula ditinggalkan.

Pantau tingkahlaku anak
Sebagai ibubapa, pantau anak-anak dengan melihat sifat dan tingkah laku anak-anak:
  • Puji anak-anak apabila dia Berjaya beramal apa yang disuruh nabi.
  • Jika anak tidak berbuat, galakkan anak-anak supaya buat. Kalau lupa ingat-ingatkan mereka.
  • Jika masih tidak buat, tegurlah mereka, teguran per;u diulang-ulang selalu supaya mereka tidak lupa.
  • Jika mereka masih gagal, berikan hukuman setimpal.
ibu bapa sebagai contoh
Bagaimanapun langkah yang paling berkesan adalah dengan menunjukkan contoh oleh ibubapa yang turut sama membentuk sifat dan akhlak peribadi Rasulullah ke dalam diri. Anak-anak lebih mudah berbuat sekiranya kita ibubapa sudah melakukan. Contohnya sekiranya ibubapa menutup aurat dengan baik, maka anak-anak akan ikut sama.

Hadiri majlis agama
akan meninggalkan kesan kepada diri kita dan keluarga. Jika tidak dapat hadir ke majlis boleh tonton sama-sama di dalam TV dan seumpamnya.

Aturkan program sehari berselawat bersama anak2
Selain itu juga elok juga dibaca sirah atau sejarah perjuangan Rasulullah.
Semoga dengan cara ini akan dapat membentuk sikap dan keperibadian anak-anak kita sepertimana keperibadian Rasulullah SAW. Sesungguhnya anak-anak adalah permata kepada kita. Didiklah dan bentuklah anak agar ia menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


Jom baca yang ini juga :


Cara tingkatkan trafik blog anda.

Assalamualaikum.ahah mesti ramai yang suka klik kat title yang macam nikan.saya sendiri selalu search google untuk title2 cliche cam gini.Maklum sajalah trafik blog ala kadar je.. kena blogwalking lebih baru up sket trafik..sometimes bila publish post yang tajuk gempak baru jamp skit trafik.. uhuh ayat perasan neh!



Mari kita tingkatkan usaha untuk up trafik dengan cara-cara seperti berikut,dah praktik,kemudian kita compare  adakah trafik kita benar2 ada perubahan..amacam?ada bran? eheh.. layan siapa yg sudi...tak nak pun awak punya suka okey dear!


  • Tulis entry menarik,kurangkan copy paste dan ayat audience centre.
Entry mahu best dear,tak latest sangat  pun tak jadi masalah asalkan isinya bagus boleh buat readers terus nak baca.Tajuk pun kena okey,ni kita story kat SEO nanti ok.Jangan terover copy paste..ciplak karya orang lain, bimbang readers dah 'cam biasa jer ayat neh' haa tak ke bosan gitu.ayat audience centre maksudnya readers boleh merasai bagaikan berada dalam situasi yang kita ceritakan tu..alahh takkan tak paham kot ala2 emphaty gitu..ada paham?

  • Cuba bertukar RSS feed
Ahah yang ini saya praktik kan,alhamdulillah ada sedikit improved,senang cite saya terpaksa buat satu entry and offer siapa sudi bertukar RSS feed ni untuk diletakkan pada blog kita.Nak tahu apa dia?sila klik sini.

  • Rajin update entry dan rajin juga ping!
Tak kuasa nak paksa orang lain menulis entry yang berlambak setiap hari,tapi kalau anda ada kemahuan atau rasa terdesak nak upkan trafik,draft lah entry sebanyak mana bila2 masa boleh auto publish,klik sini untuk tahu cara autopublish post. Setiap entry baru,rajin2 lah ping kan ke mana2 platform contohnya busuk.org ataupun innit  tujuannya supaya entry kita cepat terindex oleh search engine macam google.

Nuffnang- Buffered Earning lagi!

Haaa kan dah kata dah semalam.. semua BE dah berakhir..sedihnya. Tapi duk  tarik nafas lega sebab dah hampir siap edit template..bley relax sambil makan kuih potong - alar kuih sepeket RM2 kat speedmart tu..kan sedap kan kan?

Pagi2 tadi cek Nuffnang,alhamdulillah masuk lagi BE ke 11  Adidas Neo - kalau tak silap yang sedang view kat bawah niha..cuba klik situ heh!.Terima kasih ler encik cik puan tuan kat nuffnang tu i luv u la nuffnang.


 
Lagi cerita tentang Nuffnang-Buffered Earning :

Tukar template blog hilang buffered earning?

Jawapannya tidak. Dengan menukar template blog anda,buffered earning anda tidak akan hilang,begitu juga metered earning ataupun dengan earning nuffnang yang lain.

Saya bertukar mood hari ni dengan menghabiskan sehari suntuk mengedit template.Template lama agak keanakan dah tak releven dengan saya yg dah masuk 3series.. di ulang - 3series! - sedar diri jugak aku akhirnya.. hihi!

Oleh kerana saya pernah terbaca dulu di sebuah blog,katanya jika tukar template ketika BE sedang berjalan,akan menjejaskan earning yang diperolehinya.Buta2 saya percaya.Jadi oleh kerana ada 3 lagi BE sedang berjalan sejak sebulan lalu,jadi melangut saya tunggu BE tamat untuk tukar template! Dah tak larat menunggu,akhirnya saya hantar tiket pada nuffnang.

soalannya:



 jawapannya:




kesimpulannya,bertanyalah terus pada nuffnang dengan menghantar tiket.Nak tahu caranya klik sini.Nuffnang akan reply dalam tempoh 48jam.soalan yang saya tanya ni sangat simple jadi nuffnang reply tak sampai 24jam pun.Terima kasih Nuffnang!




Terima kasih.Thank you.

Terima kasih..
pada yang menyayangiku
pada yang memotivasikanku
pada yang menggembirakanku
pada yang menghargaiku
pada yang selalu mengingatiku
pada selalu yang mengingatkanku
pada yang selalu menasihatiku...
thank you








*ambik kesempatan ini mengucapkan terima kasih pada cik ifah arif  kerana menghadiahkan saya topup  - special  #follower - may allah bless u dear -jangan jeles uolls =D





You are a morning person?



You're optimistic,
alert, and full of energy to start the day.


While you would love to party all night,
you rather be up at the crack of dawn.


You don't procrastinate
or spend time worry about what to do next.


You take life by the reigns,
and you like to have an early start.




 

*You Are a Morning Person or Night Person?
*What say you?


Ketulusan Hati | Anuar Zain






Ketulusan hati
by Anuar Zain

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(korus)
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(ulang korus)

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Oooo



Gambar pra perkahwinan Zahiril adzim





suka- terlebih suke melihat gambar2 pra perkahwinan zahiril adzim and shera aiyob ! ni antaranya malas upload bebanyak ..letih wooo !!











sila click sini utk tengok gambar lagi - sumber & credit beautifulnara..!



Questions you can't say No to

Ini review dari WW#13 semalam.


1. Are you alive?

2. Are you awake?

3. Are you going to say No?

4. Can you hear me?

5. Can you talk?





*Anyone wants to add more to the list?


The most handsome men in the world


















*ini entry takde motif..suke2 hati aku lar nak publish ape baaCakk!



*sendiri letak nama   okey!

Rileks jap..!

Jom layan
Shaun The Sheep
serius
buat aku ketawa













click sini  untuk tengok 
mana2 episode kat you tube




*amacam? dah tengok? best kan ? ketawa tak? kalau kau tak ketawa mental kau de problem ekeke



What Kind of Tea Are You?

Ini review dr WW#12 semalam.


You Are Green Tea
You are a well balanced person.

You don't have many highs or lows in your life.
You enjoy bursts of creative energy and productivity.

But you also enjoy your downtime.
You are insightful and philosophical.

You don't take much personally.
You are at peace with who you are.

You don't have an inflated sense of self.

*so

...are you green tea?
...what say you?


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...